Mahathir di demonized atau dia yang demonized ?

Pendedahan skandal BMF oleh Central Intelligence Agency, CIA yang mensabitkan Tun Mahathir , sebenarnya bukan sahaja mengejutkan Tun Mahathir, bahkan ia mengejutkan mereka mereka yang Pro Najib juga.

Siapalah sangka dasar CIA mendedahkan infomasi dan fail mereka ikut SOP yang memastikan file di “declassified” setelah mencecah 25-30 tahun  termasuklah skandal BMF.
Pendedahan CIA tidak sama dengan DOJ, yang ramai tahu ia terhasil dari kerja belakang yang dibuat oleh kuncu kuncu Tun Mahathir.

Satu isu mengikut dasar, satu isu lagi kerana di upah.

Jika betul dakwaan Mahathir CIA mahu "demonize" (memburukkan) dirinya, sila pergi ke Amerika Syarikat dan saman CIA. Hantarlah Matthias Chang, Khairuddin dan Husam Musa ke sana.

Kita boleh lihat cara Mahathir melepaskan dirinya dalam isu BMF seperti ular yang tersepit.

Mahathir tidak menjawab isu, tidak memberikan fakta kes, tidak memberikan hujah tangkis dakwaan CIA itu.

Mahathir hanya menyebut CIA mahu memburukkannya, maka tertumpulah orang kepada kerja jahat CIA. Mahathir cuma buat "positive framing" untuk pertahankan dirinya. Ini sebenarnya kifarah.

Mungkin jika disiasat kembali kes BMF ini maka "clue" baru mungkin akan muncul

“Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it” ini ayat yang ditulis oleh Jalil Ibrahim dalam diarinya.

Jalil Ibrahim, orang Melaka berusia 35 tahun, mempunyai empat orang anak didapati terbunuh selepas tidak bersetuju untuk meluluskan pinjaman tambahan USD$4 juta kepada Carrian Group. 

Sebelum itu, Jalil Ibrahim telah mengesyaki wang sejumlah USD$2.5 billion yang  disalurkan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) kepada Carrian Group mempunyai transaksi yang meragukan.

Mak Foon Than yang dihukum sebagai individu bersalah dalam pembunuhan Jalil mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia. Nama orang kenamaan tersebut didedahkan oleh Mak kepada pegawai penyiasat.

Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.

Lorrain Esme Osman, pegawai tertinggi BMF juga tidak bercakap tentang kes ini. Bermakna ada misteri yang tidak terungkai bila Henry Chin, Mak Foon Than dan Lorrain tidak bercakap hal sebenar tentang kes kematian Jalil dan kehilangan duit USD$2.5 billion BMF.

Sekian lama Mahathir nafi terlibat dalam skandal BMF ini. 6 Mac 2015, Mahathir bercakap dalam Malaysiakini menafikan.

Namun pendedahan laporan CIA menyatakan Mahathir terlibat sama.

Laporan CIA itu mengatakan kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam keadaan bahaya disebabkan skandal rasuah kerana reputasi Bank Bumiputera milik kerajaan tercemar oleh operasi BMF, anak syarikat Carrian Group milik sepenuhnya di Hong Kong, “yang dipertikaikan.”

“Keterangan bukti menunjukkan skandal itu terkait dengan pentadbiran Mahathir. Sebagai bank milik kerajaan, Bank Bumiputera dipantau secara dekat oleh Kementerian Kewangan dan bank pusat dan tidak ada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata laporan CIA itu.

Ketika kes liwat Anwar, bersungguh sungguh Anwar mahu seret Mahathir masuk ke mahkamah. Tetapi dengan pelbagai cara Mahathir mengelak.
Kerana ini, Mahathir menjawab Anwar sengaja mahu menyeret dirinya ke mahkamah untuk kerja “diversion” dari kes liwat kepada kes “konspirasi”.

Pandai pula Mahathir bercakap begitu, namun kini sebaliknya pula yang terjadi. Sudahlah tidak menjawab isu dan skandal BMF, tetapi terus sahaja menuduh CIA mahu “demonize” dirinya.

Maka Mahathir akan beranggapan lupalah orang untuk bertanya pembabitannya dalam skandal BMF.
Selain itu Mahathir juga menyatakan ini semua bermotif politik. Bodoh apakah yang melanda Mahathir?
Sepanjang hayatnya kisah politik sahajalah yang ada.

Mustahillah pendedahan CIA itu bermotif sukan atau berbudaya pula.

Persoalannya , serangan Mahathir kepada isu perniagaan 1MDB bukan bermotif politikkah?

Tujuan akhir serangan 1MDB adalah untuk jatuhkan Najib dan kejayaan politik itu mahu diraikan dengan segelas arak, itu yang didedahkan oleh Xavier Justo.

Inilah Mahathir, dengan jawapan berbelitnya dan juga putar alamnya mengambil kesempatan terhadap orang atas pagar dan tiada berpengetahuan terhadap kisah lampaunya.

Atas sebab sama jugalah agaknya parti Pribumi amat mengalakkan Syed Saddiq sebagai Ketua Armada  mencari keahlian baru yang menumpu orang muda dan belia.
Malah dengan bangga  Syed Saddiq mengisytiharkan golongan orang muda menjadi 40% komposisi keahlian Parti Pribumi.

Kerana golongan muda ini masih mentah dan jahil tentang skandal skandal Mahathir.

Berbalik kepada jawapan Mahathir untuk melepaskan tengkuknya yang kini semakin terjerut, Mahathir terlupa untuk memberitahu orang ramai bahawa , CIA juga melepaskan 13 juta helaian dokumen lama yang sudah melepasi tempoh simpanan.

Apakah jumlah dilepaskan itu untuk "demonize" orang lain juga? Ya, semua kena termasuklah Fidel Castro, Hugo Chavez, Ronal Reagan dan Muamar Gaddaffi.

Kepada mereka yang tergolong sebagai katak bawah tempurung , senanglah dibahan, tetapi kepada yang sedikit cerdik, mereka akan menyiasat dengan rajin meng "google" sendiri maklumat untuk menambah pengetahuan.
Dengan ini mereka akan tahu, hal hal kepimpinan  Cuba , kerajaan Cina juga termasuk dalam dokumen yang sudah sampai tempoh simpanan.

Kepada Mahathir kita ingin bertanya , kerja awak mencipta tuduhan dan dakwaan untuk Claire Brown dan WSJ serta media dunia yang diupah oleh talibarut kamu bukan kerja “demonize” kah?

Mengenakan Datuk Seri Najib dengan menggunakan “rouge media” seluruh dunia bukan kerja “demonizing” kah?

Apa jenis manusiakah Mahathir ini? Apa yang dikenakan kepada orang lain seperti DS Najib tidak mengapa , apa yang kena pada dirinya dikatakan sebagai kerja “demonizing”.

Sebenarnya telah diketahui, kerja mahu mempercepatkan proses mengganti Perdana Menteri adalah atas sebab takut perkara perkara seperti ini akan muncul.
Tambah lagi ramai orang yang pernah dianayai dan dizalimi ini ditakuti akan membalas dendam melalui Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib maka sebelum ini terjadi.

Maka mempercepatkan proses mengantikan Perdana Menteri kepada yang selamat iaitu anak sendiri ada lah yang sepatutnya dia lakukan. Supaya rahsia dan misteri itu ditutup dan tidak timbul kembali untuk diperbincangkan.
Tulisan :
Beruang Biru
BB249, Khamis
26 Januari 2017

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Peningkatan Pendapatan Untuk Mengatasi Masalah Kos Sara Hidup

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Kos sara hidup sering menjadi isu yang hangat diperbincangkan bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia berikutan kelembapan ekonomi global yang sedang melanda.
Kerajaan telah sekian lama memperkenalkan dua cara untuk mengatasi masalah kos sara hidup iaitu dengan mempertingkatkan pendapatan dan mengurangkan kos barangan.
Walaupun Kerajaan telah memberikan subsidi dan melaksanakan penurunan harga barang keperluan asas, namun, apa yang lebih penting adalah meningkatkan pendapatan kerana taraf hidup yang lebih baik terjamin buat jangka masa panjang.
Untuk meningkatkan pendapatan, Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperolehi dana perniagaan. Sebagai contoh, program-program seperti TEKUN, MARA, TERAJU, SUPERB, Program Penjaja 1Malaysia, Tabung Ekonomi Belia, Program Peningkatan Pendapatan dan banyak lagi.
Kerajaan juga telah bantu mendapatkan peluang pekerjaan seperti mewujudkan Skim Latihan 1Malaysia, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, 1Azam dan sebagainya.
Dalam Malaysia sedang menuju ke arah negara maju, kita mesti memikirkan cara untuk menambahkan pendapatan, bukan bergantung sepenuhnya kepada campur tangan Kerajaan mengawal pasaran.
Kerajaan akan terus bantu dalam pelbagai cara, namun pada masa yang sama, kita hendaklah berusaha untuk menambah pendapatan dan mengasah kemahiran yang ada.
Akhir kata, bak kata peribahasa Melayu, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih, tak akan datang melayang. Maksudnya, jika kita inginkan sesuatu, kita kenalah berusaha kerana rezeki tidak datang bergolek.
Oleh itu, bangkit dan berusahalah ke arah mempertingkatkan prestasi diri sendiri.
Sekian sahaja dari saya,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PPBM Mungkin Dibatal Kelulusannya?

Sebulan yang lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan sebuah lagi parti baru yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Parti berkenaan diberinama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Antara syarat kelulusan parti berkenaan adalah, parti berkenaan haruslah menggunakan akronim PPBM bukan Bersatu seperti yang dipohon mereka. Ini kerana, terdapat sekurang-kurangnya 6 buah parti lagi yang turut menggunakan akronim yang sama dan ini memungkinkan berlaku kekeliruan pada masa hadapan. Untuk ini, kepimpinan PPBM bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh RoS.


Namun, setelah sebulan diluluskan, PPBM nampaknya memungkiri syarat yang telah ditetapkan oleh RoS. Barisan kepimpinan parti serta ahlinya dilihat semakin galak menggunakan perkataan Bersatu dalam memperkenalkan parti mereka kepada orang ramai. Malah banner, banting dan t-shirt yang mereka cetak, turut menggunakan nama Bersatu.


Mengulas tentang hal ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia jelas bertentangan dengan syarat kelulusan yang diberikan RoS, iaitu perlu menggunakan akronim PPBM dan bukannya Bersatu. Ini memungkinkan pihak RoS boleh mengambil tindakan termasuk pembatalan kelulusan kerana parti itu tidak mematuhi syarat kelulusan sesebuah pertubuhan.


Untuk rekod, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, penggunaan nama Bersatu bagi mempromosikan parti boleh menyebabkan pertubuhan itu dibatalkan kerana jelas penggunaannya melanggar perlembagaan PPBM dan syarat-syarat dalam akta berkenaan. Semua pihak dikehendaki akur kepada kelulusan dan syarat yang telah ditetapkan oleh RoS.


Jika dilihat secara teliti, apa yang telah digariskan oleh pihak RoS, kepimpinan parti berkenaan jelas telah melanggar syarat kelulusan yang diberi akibat kerakusan mereka untuk menambah ahli. Mungkin bagi mereka, akronim ini perkara kecil, namun semua pihak harus faham, apabila ianya sudah digariskan dalam syarat kelulusan, tidak kira siapa sekalipun, semua pihak harus akur dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan tanpa kompromi.


Jika kepimpinan PPBM masih berdegil untuk menggunakan akronim Bersatu untuk mempromosikan parti mereka, usah terkejut andai satu ketika nanti, pihak Kementerian Dalam Negeri dan RoS akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang, membatalkan pendaftaran parti berkenaan.


RoS bukan tidak pernah membatalkan lesen yang telah mereka berikan kepada sesuatu pertubuhan hanya kerana kegagalan pertubuhan berkenaan mengikut apa yang telah disyaratkan oleh pihak RoS. Usah kerana terlalu taksub dan ghairah, syarat dan garis panduan pun dilanggar. Belajar untuk berdisiplin dan jangan terlalu hanyut mengikut perasaan dendam sahaja.