Kelebihan yang ada pada Otak Kiri dan Otak Kanan Manusia




Otak Kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama music, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).

Otak Kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).

Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Lagi satu, proses pengajaran dan pembelajaran tu seelok-eloknya dimulakan ketika budak atau anak berusia 6 bulan. Kalau budak dah besar panjang, jadi susah sikit nak latih diorang guna otak kanan. Orang dewasa biasanya lebih banyak menggunakan otak kiri.



Latihan Merangsang Otak Kanan

Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:-

1.   Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.

2.   Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.

3.   Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

4.   Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.

5.   Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.


Kaedah-kaedah ni kalau boleh jangan buat dalam tempoh yang terlalu lama sebab ianya mungkin membosankan. Buat selama setengah jam sehari pon dah cukup. Sambil2 belajar tu, dapat juga rapatkan lagi hubungan yang sihat antara ibu bapa dengan anak-anak, kan?


- Selamat Mencuba dan Beramal -