PRK Pengkalan Kubor - UMNO memenangi kerusi DUN N01










TUMPAT:

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor selepas calonnya Mat Razi Mat Ail menang dengan majoriti 2,635 undi.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, Mat Razi memperoleh 9,961 undi menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim (7,326 undi) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (38 undi).

Sejumlah 72.89 peratus atau 17,523 orang daripada 23,929 pengundi di kawasan DUN Pengkalan Kubor menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi pada pukul 9.00 malam oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sumber : - Amal Amall