Jambatan Sungai Bentong dibuka semula

Kenyataan Media Siber dari Yang Berhormat Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadilah Yusof memaklumkan bahawa jambatan Sungai Bentong (Laluan FT08 Bentong - Raub) akan dibuka semula kepada semua kenderaan pada jam 11.00 pagi 15.1.2015. Kepada semua kenderaan, dinasihatkan agar sentiasa berhati - hati dijalan raya. Utamakan keselamatan dan semoga selamat sampai ke destinasi masing - masing.