PM lancarkan #MyDeposit

DILANCARKAN PADA 6 APRIL 2016

Putrajaya 6 April : Skim #MyDeposit

Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :

# Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.

# Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.

# Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain).

# Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :

# Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).

# Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

HUBUNGI KAMI :-

Cawangan Pengurusan Perumahan
- 0388914025 / 0388914054 / 038891 4012 / 0388914062 / 0388914460

Bahagian Teknologi Maklumat
- 0388914478

Teknikal
Encik Abdiaziz– abdiaziz@myigen.com
Encik Muhammad Akmal Salahuddin– akmal@myigen.com

About #MyDeposit : http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/content/mydeposit-write.html

Registration Link:
http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/user/register/

Sumber : Malaysia Political Observer