Rasuah : pensyarah wanita ditahan

Seremban : Pensyarah wanita dari institusi pendidikan guru di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah RM,8000, petang tadi.

Sumber SPRM berkata, pensyarah berusia 50-an itu ditahan di restoran di Sikamat, di sini.

Katanya, wanita itu ditahan kerana disyaki meminta dan menerima suapan sebagai balasan kerja membekal dan menyediakan makanan bagi Program Transformasi Minda.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk direman. Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 17(a) AktaSPRM 2009," katanya.

Sumber : Harian Metro