SOLAT ISTISQA' SELURUH MASJID DI NEGERI KELANTAN

Kota Bharu : Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mahu semua masjid di Kelantan mengadakan solat Istisqa’ berjemaah bagi memohon supaya diturunkan hujan.

Solat itu dicadang dilakukan selepas selesai solat Jumaat.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, pihaknya akan meminta semua imam masjid mengadakan solat itu bermula Jumaat ini.

"Solat itu akan berterusan sehingga kemarau berakhir dan sebagai ikhtiar kita, hamba-Nya.

"Kita juga menggalakkan umat Islam untuk melakukan solat ini secara individu," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi Kali Ke-6 Sekolah Menengah Agama (SMA) Tengku Amalin A'ishah Putri sesi 2015, di sini, hari ini.

sumber : hmetro