Tony Pua- “Najib Tidak Bersalah Dalam 1MDB”

■ MP Dap Petaling Jaya, Tony Pua memfailkan permohonan membatalkan saman DS Najib ke atas dirinya dengan alasan plaintif (Najib) tidak mempunyai LOCUS STANDI bagi pemula saman. Tony mendakwa saman tersebut menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

■ “Tiada locus standi” bermaksud “bukan dalam kapasiti” atau “tiada kapasiti” untuk memulakan tindakan saman ke atasnya atau dalam bahasa mudah, DS Najib tidak boleh menyaman Tony Pua kerana DS Najib tiada kaitan dengan 1MDB atau tiada berjawatan di dalam 1MDB.

■ Ianya bersamaan dengan kes mantan Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak boleh dipersalahkan dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) suatu ketika dulu kerana dia tidak memegang jawatan dalam bank tersebut.

■ Contoh kes yang “tiada locus standi” yang paling popular ialah apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang gagal menghalang kerajaan pimpinan Tun Mahathir dari menyerahkan PLUS kepada syarikat UEM (sebuah syarikat rugi) pada 2002 kerana Lim Kit Siang tiada locus standi bagi menghalang penyerahan tersebut, malah Lim Kit Siang juga tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam UEM atau PLUS.

■ Justeru, tindakan Tony Pua memfailkan permohonan membatalkan saman DS Najib ke atas dirinya adalah bukti ‘pengakuan’nya bahawa DS Najib TIADA perkaitan langsung dengan 1MDB seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir dan pemimpin pembangkang selama ini.

■ Jelas, dakwaan bahawa Najib terlibat secara langsung dengan 1MDB hanya suatu permainan persepsi yang terancang dalam plot untuk ‘menjenayahkan DS Najib’. Hakikatnya, pembangkang sendiri mengakui bahawa dakwaan ini tiada asas sama sekali dari segi undang-undang.