Arab Saudi hukum mati lelaki sabit penyeludupan dadah




RIYADH 18 Dis. - Pihak Berkuasa Arab Saudi semalam, menjatuhkan hukuman mati kepada seorang penduduk tempatan kerana disabitkan kesalahan penyeludupan dadah, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 66 yang telah dihukum mati di negara ini.

Lelaki tersebut, Hassan Muhammad al-Bash, ditangkap ketika sedang melakukan penyeludupan dadah tersebut, kata Kementerian Dalam Negeri.

Kerajaan Arab Saudi juga mengenakan hukuman mati kepada beberapa kesalahan yang lain, termasuk pembunuhan, rogol, rompakan bersenjata dan berkelakuan jahat. - DPA


Sumber  : Utusan Malaysia