Laporan Polis terhadap Haji Hadi Awang !




Kota Bharu 12 Dis - Satu laporan polis telah dibuat ke atas Haji Hadi Awang kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap UMNO dengan menyatakan bahawa "UMNO YANG PALING KUAT MENENTANG ISLAM".

Kenyataan itu dibuat melalui lidah rasmi PAS iaiatu HARAKAH yang bertarikh 29 November - 1 Disember 2013. Ustaz Syamsul selaku Pengerusi Biro Bertindak menyatakan ini adalah satu niat jahat untuk menjatuhkan musuh politik mereka.
Ustaz Syamsul mendesak kepada pihak yang berwajib agar menjalankan siasatan yang rapi terhadap Haji Hadi Awang.



Ustaz Syamsul menyatakan bahawa ahli UMNO dan ahli PAS adalah bersaudara sesama Islam, jika berlaku kekusutan maka kembali kepada al-Quran dan al-Hadis. Tidak salah berpolitik tetapi jangan sekali-kali menggunakan Agama Islam sebagai alat politik parti dan Sentimen mewujudkan perselisihan dan kepincangan dalam masyarakat.



Beliau juga menyatakan bahawa jika sekiranya haji Hadi tidak menarik balik kenyataan ini maka berkemungkinan besar akan berlaku perbalahan sesama umat Islam dan boleh menimbulkan huru-hara dalam negara kita.