Pekerja Zoo Shanghai maut dibaham harimau




SHANGHAI 19 Dis. - Seorang pekerja zoo di sini terbunuh akibat dibaham oleh seekor harimau ketika membersihkan sangkar kelmarin.

Menurut kenyataan Zoo Shanghai yang dikeluarkan menerusi laman sosial SinaWeibo, harimau yang berusia tiga tahun itu membaham lelaki yang berusia 53 tahuntersebut sehingga mati.

Menurut Shanghai Daily, lelaki tersebut yang dijangka bersara tiga tahun lagidibaham oleh harimau itu sebelum binatang tersebut diberi makanan. - AFP