ZAKAR dan SALIB dalam buku kanak-kanak



Menerusi gambar di atas, terang-terangan pihak yang menerbitkan buku belajar mengeja untuk kanak-kanak ini kurang bertanggung jawab dan tidak mustahil mempunyai agenda terselindung.

Bayangkan, sekian banyak benda yang bermula dengan huruf ‘sad’ kenapa salib yang dipilih untuk belajar tulisan jawi?

Hal ini boleh menimbulkan kemusykilan di hati anak-anak yang masih kecil seterusnya mewujudkan sifat ingin tahu mereka tentang salib.

Begitu juga gambar yang dipilih bagi mengajar anak-anak mengeja rumi bagi huruf Z.

Mengapa zakar yang dipilih padahal ada zip, zink, zamrud dan lain-lain?

Nampak gaya ibu bapa pada hari ini kena lebih berhati-hati jika mahu memilih bacaan untuk anak-anak.

Siapa sangka, bahan bacaan untuk anak-anak kecil pun mungkin ada terselit dakyah yang boleh meracun fikiran mereka yang masih suci. - mynewshub