Revolusi Senyap Dalam Pas, Mat Sabu Tersingkir?



Ramai pemerhati politik percaya sedang berlaku satu satu revolusi senyap dalam Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan kepimpinan ulama memulakan gerakan mengenepikan pemimpin-pemimpin pro-Anwar atau lebih dikenali sebagai Anwarinas termasuk Timbalan Presidennya Mohamad Sabu.

Semalam, Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali semalam mengesahkan Pas turut menamakan Adun mereka sebagai calon menteri Besar Selangor sealigus mengenepikan keputusan Jawatan kuasa Pas Pusat bulan lalu yang bersetuju menghantar hanya dua nama Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

Malah tersebar khabar angin bahawa surat Presiden Pas kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor langsung tidak menamakan Wan Azizah dan Azmin sebagai calon Menteri Besar.

Keputusan ini merupakan satu perubahan besar yang tidak mungkin berlaku tanpa pergolakan dalaman.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata kepada Malaysiakini, beliau dan ahli jawatankuasa pusat lain tidak mengetahui laporan bahawa nama yang dihantar kepada Istana bukan sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat 17 Ogos lalu.

“Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

“Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiausaha Agong (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon MB.

“Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini bermakna telah wujud gerakan peringkat tertinggi untuk mengenepikan kumpulan penyokong Anwar dalam Pas dalam menentukan keputusan-keputusan parti.

Sejauh mana kejayaan kumpulan ulama ini mengenepikan kumpulan Anwarinas bergantung kepada sejauh mana kedua-dua pihak berjaya melobi Datuk Nik Aziz Nik Mat. Pendapat beliau masih dihormati sungguhpun banyak tidak dipersetujui oleh ulama lain seperti Dato Harun Din dan datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber : mykmu.net