8 PERKARA menjawab FITNAH terhadap YAPEIM (Bahagian 1)



PERKARA : PERTAMA (1)

YB Mejar Jeneral (B) Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang portfolionya adalah ; yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam..

Maka, beliau secara "automatik" menjadi "jurucakap pihak kerajaan" kepada institusi-institusi agama dan "penasihat" berkaitan urus tadbir dan sebagainya..

Di antara institusi agama yang tersebut adalah JAKIM, JKSM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, MAIWP, WZO, TV alHijrah (AHMC) , Tabung Haji, IKIM, JAWI, YADIM, YaPEIM, Yayasan Wakaf Malaysia, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan lainnya jika ada..

PERKARA : KEDUA (2)

Apakah yang berlaku sebenarnya di dalam isu yang berkaitan dengan Dato Seri Jamil Khir dan YaPEIM sehingga ada yang mengatakan Menteri telah menggunakan duit YaPEIM atau lebih khusus lagi mengatakan menggunakan duit anak yatim, benarkah perkara ini?

***Pertamanya untuk perkara ini, kita perlu memahami dua "situasi" ini terlebih dahulu iaitu ;

1) Adakah Dato Seri Jamil Khir yang "meminta" agar YaPEIM membawa beliau ke Amerika Syarikat? Adakah beliau ada "meminta" agar segala perbelanjaan beliau untuk sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat dan kemudian kembali semula ke Kuala Lumpur di biayai sepenuhnya oleh YaPEIM?

atau;

2) Pihak YaPEIM sendiri yang menjemput Dato Seri Jamil Khir agar turut bersama mereka untuk ke Amerika Syarikat bagi merasmikan program atau aktiviti mereka di sana?

Yang mana satukah? 

Kedua-dua situasi ini adalah berbeza dan ia membawa makna yang berbeza...Perkara ini terlebih dahulu perlu di ketahui oleh kita sebelum membuat sebarang kesimpulan awal bahawa Menteri ada menggunakan duit YaPEIM...

Jawabnya ; Pihak YaPEIM sendiri yang menjemput Dato Seri Jamil Khir agar turut bersama mereka untuk ke Amerika Syarikat bagi merasmikan program atau aktiviti mereka di sana..

Jadi, persoalan seterusnya ; Kenapa pula Dato Seri Jamil Khir yang di jemput?

Sebelum kita bertanya kenapa, terlebih dahulu kita perlu mengetahui bahawa bilangan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara adalah ramai..

Dan untuk memahami kaitannya lagi perkara ini, saya hendak membawa kita semua mengingati kembali beberapa kes atau kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada pelajar kita di luar negara terutama daripada kalangan pelajar melayu muslim kita..

Di antaranya adalah :

1) Perkahwinan "gay" atau lelaki dengan lelaki yang melibatkan seorang pelajar melayu muslim kita di Dublin, Ireland pada tahun 2011.

2) Ada pelajar kita yang terdedah dengan fahaman ekstremis, bahkan sudah ada yang terlibat pun dengan kumpulan kumpulan ektremis tertentu.

3) Ada pelajar kita jua yang sudah terpengaruh dengan fahaman Syiah, bahkan sudah ada pun..

4) Ada pelajar kita yang terjebak dengan kehidupan bebas di luar negara seperti pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa kesedaran untuk hidup secara hubungan kahwin/nikah.
Dan lainnya..

Maka, dengan kes-kes kejadian yang telah berlaku ini kepada pelajar luar negara kita, maka pihak YaPEIM dengan kerjasama institusi agama lain terpanggil untuk bersama-sama berusaha mengelakkan perkara ini daripada berulang kembali.

Di antara inisiatifnya, pihak YaPEIM telah menjemput YB Dato Seri Jamil Khir bin Baharom selaku Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama untuk merasmikan program dan aktiviti mereka di Amerika Syarikat..

maka berbalik kepada soalan tadi, Kenapa pula Dato Seri Jamil Khir yang di jemput?

Perkara ini perlulah di fahami secara mendalam apakah manfaatnya atas jemputan ini,..

Perkara ini adalah serampang dua mata.

Pertama, seperti biasa, masyarakat kita, apabila mendapat tahu ada orang kenamaan atau tokoh umum akan hadir ke sesuatu majlis atau program, kita akan jadi teruja untuk hadir, ada motivasi untuk hadir..

maka seperti itu jua di dalam perkara ini; "Eh, menteri datang lah, jadi secara tak langsung akan dapat menarik perhatian sejumlah besar pelajar-pelajar Malaysia untuk hadir berkumpul bagi menemui Menteri mereka..

Buktinya pada beberapa program dan aktiviti yang berlangsung ketika Dato Seri Jamil Khir hadir di Amerika Syarikat tempoh hari telah berjaya mengumpulkan kehadiran pelajar kita yang ramai, ia bukan sahaja dari Amerika Syarikat, bahkan dari Kanada jua hadir..

Keduanya, apabila menjemput Dato Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam, maka secara tidak langsung memudahkan urusan penyertaan institusi agama lain seperti JAKIM, JAWI misalnya untuk menyertai sama rombongan ke Amerika Syarikat ini..

kenapa perlu kepada penyertaan institusi agama lain pula?

saya kaitkan perkara ini dengan beberapa permasalahan yang timbul atau kes kes yang tidak diingini yang telah berlaku kepada pelajar Malaysia kita di luar negara..

maka dengan penyertaan JAKIM dan JAWI misalnya, program dan aktiviti seperti Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar di luar negara yang memenuhi syarat perkahwinan telah dapat dilaksanakan..

dan perlu diketahui, YaPEIM hanyalah menganjurkan program dan aktiviti yang bermatlamatkan untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara selain memastikan kebajikan mereka diberi perhatian..

Perkara ini perlu jelas...

Program dan aktiviti yang lain adalah di laksanakan oleh institusi-institusi agama lain serta jabatan yang terlibat yang lain...

Keadaan ini juga merupakan salah satu daripada kaedah untuk menjayakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yang melibatkan kerjasama secara berpasukan di antara agensi-agensi dan jabatan perkhidmatan awam yang mana boleh dilaksanakan secara bersama bagi memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan serta dapat memberi keselesaan kepada rakyat/masyarakat...

Maka YaPEIM telah bekerjasama dengan institusi agama lain serta dengan pihak kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat dan pihak Education Malaysia dengan bermatlamatkan UNTUK MENGUMPULKAN SEMUA PELAJAR MALAYSIA DAN MEMBERIKAN PELBAGAI PROGRAM SERTA AKTIVITI YANG BERMANFAAT AGAR MEREKA MENDAPAT PENGETAHUAN SECUKUPNYA SERTA BEKALAN SECUKUPNYA BAGI MENERUSKAN KEHIDUPAN DI LUAR NEGARA.

Inilah di panggil "win win situation"...

Ketiga sebabnya, apabila Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama sendiri yang hadir, maka beliau sendiri dapat menyampaikan tentang isu fahaman ekstremis agar ia dijauhi, memberi peringatan bahawa ianya salah dan tidak benar tentang itu kerana beliau sendiri mempunyai pengetahuan dan kepakaran di dalam isu ekstremis, serta dapat memberi maklumat semasa berkaitan negara, dan menjadi jurucakap dari pihak kerajaan kepada pelajar pelajar Malaysia di luar negara.


PERKARA : KETIGA (3)

Benarkah YaPEIM telah menggunakan dana yang sepatutnya di gunakan kepada anak yatim di dalam soal pembiayaan perjalanan Dato Seri Jamil Khir dan rombongannya?

Pertamanya untuk perkara ini, tidak ada satu sen pun daripada dana untuk anak yatim yang digunakan di dalam pembiayaan perjalanan Dato Seri Jamil Khir..

Habis tu, kenapa ada satu pihak ni menunjukkan ada invois yang menunjukkan ia di biayai dengan dana anak yatim?

jawapan di dalam perkara ini cukuplah saya menjawabnya dengan jawapan daripada Timbalan Menteri, YB Senator Dato Dr. Asyraf Wajdi ketika menjawab hal ini di Dewan Rakyat tempoh hari, iaitu :

"Cop setem ke atas invois itu ialah YaPEIM bukan PEMANGKIN," kata Asyraf merujuk kepada dua invois yang didedahkan kepada media oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) minggu lalu."

sumber : artikel dari Astro Awani, 18 November 2015..

pembiayaan ini jelas di bayar oleh YaPEIM, iaitu dari Jabatan Kewangan dan Akaun YaPEIM..

kalau tak percaya, rujuk balik kepada gambar-gambar invois yang disebarkan oleh pihak "tidak bertanggungjawab" itu pada cop "PAID" tu tulis apa..

soalan sambungan, habis tu kenapa surat itu letterhead nya adalah PEMANGKIN iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin?

soalan ni saya nak tanya kembali kepada yang menyebar surat tu, di mana helaian surat seterusnya yang ada tandatangan penulis surat? saya nak tahu siapa yang menulis surat tu dulu sebelum saya menjawab kenapa surat itu menggunakan letterhead PEMANGKIN,

saya lihat "si penyebar" gambar gambar tentang YaPEIM ini, kebanyakkan gambar surat atau invois yang disebarkan adalah tidak lengkap, hanya beberapa helaian sahaja, tidak semua,
maka kenapa begini? kalau benar hendakkan penjelasan, sepatutnya kena tunjuk semua, bahkan jika benar benar hendakkan penjelasan, anda tidak sepatutnya bertanya melalui medium internet dan sebagainya, pihak YaPEIM sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan seandainya anda hadir bertanya sendiri di pejabat mereka, tetapi dengan tindakan anda seperti ini, ia hanya menampakkan motif anda sebenarnya sahaja..

seperti kata Ketua Pengarah YaPEIM ketika di dalam temubual semalam (21 November 2015) ;

"Kita boleh melihat sendiri di dalam NOW adalah terdiri daripada ahli-ahli politik, sepatutnya jika mereka hendakkan penjelasan, bukan begini caranya sebagai ahli politik, tetapi apabila mereka menyerang seperti ini dengan tuduhan tuduhan yang tidak berasas, maka jelaslah motifnya adalah untuk menjatuhkan institusi Islam itu sendiri."


SAMBUNGAN BAHAGIAN KEDUA