8 PERKARA menjawab FITNAH terhadap YAPEIM (Bahagian 2)


PERKARA : KE EMPAT (4)

Apakah benar keseluruhan perjalanan Dato Seri Jamil Khir Baharom di tanggung oleh YaPEIM? bahkan sampai RM 500 ribu??

Jawapan pada permulaannya, perkara ini adalah tidak benar..

Pertama untuk memahami perkara ini, kita perlu mengetahui bahawa Dato Seri Jamil Khir bin Baharom adalah tetamu yang dijemput, maka seharusnya perbelanjaan bagi perjalanan, dan yang berkaitan akan di tanggung oleh pihak yang menjemput..

maka, keseluruhan perjalanan yang berkaitan dengan YaPEIM, YaPEIM telah mengeluarkan perbelanjaan untuk itu, hal ini termasuk jua dengan aktiviti-aktiviti yang berbentuk peribadi jua YaPEIM mengeluarkan dahulu perbelanjaan untuk itu..dan perbelanjaan ini di biayai dari wang pengurusan, bukan dari wang anak yatim atau sumbangan orang ramai,

Maka, daripada sinilah "pihak tertentu" telah menggunakan surat invois yang mempunyai jumlah perbelanjaan yang berjumlah ratusan ribu itu untuk menuduh YaPEIM telah membazir/menyeleweng di dalam menguruskan perbelanjaan ke atas seorang Menteri tersebut TANPA MERUJUK TERLEBIH DAHULU kepada YaPEIM untuk meminta penjelasan..

sedangkan selepas selesai semua program dan aktiviti, ada satu agensi di bawah YaPEIM iaitu INPUT akan mengira semula perbelanjaan yang telah digunakan untuk sesuatu aktiviti dan program, di asingkan mengikut sistem kewangan mereka,
maka di dalam perbelanjaan untuk program ini, segala perbelanjaan yang berbentuk peribadi akan di kira dan di hantar kepada pihak Menteri untuk di bayar kembali..

Bahkan Timbalan Menteri, YB Senator Dato Dr. Asyraf Wajdi telah pun menjawab hal ini di Dewan Rakyat tempoh hari, iaitu ; "perbelanjaan peribadi yang digunakan telah pun di bayar oleh Dato Seri Jamil Khir kepada YaPEIM.."

Maka, dokumen yang diperolehi oleh "pihak tertentu" itu adalah dokumen yang belum sempurna prosesnya, lalu mereka telah salah faham akan dokumen tersebut dan membuat tuduhan tuduhan yang tidak berasas...

Saya bukanlah ahli akaun ke atau ekonomi, tapi saya memahami maksud yang hendak disampaikan oleh Senator Dato Asyraf Wajdi tempoh hari bahawa perbelanjaan semasa sebelum ini akan ditanggung oleh YaPEIM dahulu tetapi kemudiannya akan kembali dikira dan di asingkan di antara perbelanjaan tertentu mengikut keperluan dan peribadi, kemudian perbelanjaan yang berbentuk peribadi itu akan di maklumkan kepada pihak Menteri untuk di bayar kembali..

Maka secara pastinya jumlah perbelanjaan yang di sebarkan itu adalah tidak benar jika ia merujuk kepada semuanya adalah pihak YaPEIM yang membiayainya.


PERKARA : KE LIMA (5)

Apakah benar gaji dan elaun yang diberikan oleh YaPEIM kepada Presiden dan Timbalan Presiden begitu tinggi? bahkan ada jua disediakan beberapa elaun yang banyak kepada Presiden dan Timbalan Presiden, benarkah?

Pertamanya untuk perkara ini, semua yang nakkan jawapan tentang ini kena kembali study atau belajar sejarah bagaimana YaPEIM bermula...

keduanya, dipendekkan kisahnya, pada peringkat permulaanya ketika YaPEIM hendak mencari modal bagi memulakan perniagaan mereka, Presiden dan Timbalan Presiden inilah yang menjadi penjamin kepada pinjaman yang bernilai tinggi daripada pihak kerajaan, maka faham-faham sendirilah risiko penjamin ni bagaimana..

ketiganya, dengan tanggungjawab yang besar, kemudian pula perlu memastikan segala agensi di bawah YaPEIM sentiasa beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan, kemudian pula perlu memastikan segala transaksi duit atau sebagainya di uruskan dengan baik, kemudian pula perlu memastikan setiap aset yang bernilai puluhan ribu di jaga dengan baik, kemudian pula perlu memastikan setiap barang yang dipajak di arRahnu sentiasa di jaga rapi tanpa cuai, adakah pemberian elaun itu tidak perlu? bahkan elaun pula hanyalah bernilai RM 5 ribu sahaja...kalau orang lain, tak perlu tanya orang lain, tanya diri kita sendiri, saya sendiri yang perlu berhadapan dengan pengurusan aset di tempat kerja saya sendiri yang kecil ini pun saya sudah merasakan pening dan kadang-kadang stress jua, inikan pula nak jaga aset di seluruh Malaysia???? maka fahamilah sendiri ya...kalau orang lain, rasanya bukan RM 5 ribu, mungkin sahaja dia akan minta sampai RM 100 ribu kerana berbaloi dengan risiko yang sedang dia hadapi...bahkan kalau ikut pada sejarah, pada peringkat permulaan tiada elaun pun diberikan kepada mereka ini yang gigih siang malam mencari dana untuk perniagaan, kemudian di wujudkan elaun yang hanya RM 200, kemudian selepas YaPEIM semakin maju, kawasan operasi semakin besar, bilangan staff semakin ramai, maka tanggungjawab pimpinan di dalam memastikan semua staff di kawasan operasi ini dapat melakukan tugas mengikut apa yang di tetapkan juga bertambah besar dan berisiko, maka dari sinilah bermulanya keperluan untuk pemberian elaun berdasarkan beban tugas dan risiko yang di lalui..maka apakah anda masih tidak memahami?

keempatnya, ada beberapa jawatan dan elaun yang disebarkan melalui beberapa gambar dokumen yang tidak tepat tafsirannya, sedangkan ada beberapa jawatan itu hanyalah daripada satu jawatan sahaja, seperti elaun Presiden dan elaun Pengerusi, kedua dua ini hanyalah satu sahaja, iaitu elaun Presiden/Pengerusi..jadi kena bertanya dahulu, jangan terus kepada kesimpulan ya.

PERKARA : KE ENAM (6)

Apakah benar YaPEIM ini adalah satu badan korporat ahli keluarga sahaja? seperti Timbalan Presiden, suaminya jua ada jawatan di dalam YaPEIM, anaknya jua begitu, kenapa?

Perkara ini perlulah difahami melalui sejarah perjalanan YaPEIM itu sendiri jua..

Timbalan Presiden ini baru sahaja dilantik pada tahun lepas, sebelum itu beliau bukan menjawat Timbalan Presiden, jadi tuduhan mengatakan beliau melantik anaknya dan suaminya itu tidak benar..

anaknya jua untuk sampai ke tahap sekarang melalui proses seperti orang lain jua, kerja daripada bawah, kemudian beliau menunjukkan prestasi yang baik, menunjukkan kemampuan di dalam pengurusan yang baik, maka beliau di naikkan pangkat, sama sahaja seperti orang lain, kalau menunjukkan prestasi yang baik, maka diberi peluang juga untuk kenaikan pangkat..

sebelum ini Timbalan Presiden adalah salah seorang daripada kakitangan YaPEIM yang aktif mencari dana untuk pengurusan YaPEIM, saya mengingatkan kembali kepada semua, YaPEIM bukanlah badan kerajaan yang mana gaji atau segala dana pentadbiran melalui kerajaan, tidak, sebaliknya segala dana pentadbiran seperti pemberian gaji kepada kakitangan mereka adalah daripada hasil perniagaan mereka sendiri..maka Timbalan Presiden ini adalah di antara pimpinan YaPEIM yang aktif mencari dana untuk YaPEIM membuat modal perniagaan, maka pada waktu itu, Ahli Lembaga Amanah YaPEIM melihat ada keperluan untuk menawarkan jawatan tertentu kepada suaminya untuk membantu Timbalan Presiden terutama ketika beliau terpaksa travel jauh jauh seorang diri, pergi ke sana ke mari seorang diri, maka perbuatan ini di lihat sebagai satu keperluan, maka ia tidak salah bukan? 

kalau ada yang salah, maka fikirannya sudah pasti tidak berfungsi dengan baik untuk memahami perkara ini.


SAMBUNGAN BAHAGIAN KETIGA