8 PERKARA menjawab FITNAH terhadap YAPEIM (Bahagian 3)


PERKARA : KE TUJUH (7)

Jika benar kini pihak YaPEIM sudah mempunyai kewangan yang banyak seperti apa yang telah diberitahu oleh Ketua Pengarah YaPEIM sendiri iaitu ;

"Setakat tahun 2014, YaPEIM telah mengeluarkan sejumlah RM453,089,453.00 bagi tujuan program pembangunan sosio-ekonomi (amal jariah). Dalam tempoh yang sama jumlah kutipan sumbangan amal jariah YaPEIM melalui Skim Potongan Gaji (SPG) dan skim-skim lain hanyalah sebanyak RM334,931,764. Manakala sejumlah RM118,157,689.00 adalah jumlah penambahan dari Dana Perniagaan YaPEIM bagi pengeluaran amal jariah yang diambil daripada sumber dana perniagaan YaPEIM.

* Kutipan SPG dan Skim-skim lain  RM334,931,764.00
* Dana Perniagaan YaPEIM  RM118,157,689.00
* Jumlah Pengeluaran Amal Jariah  RM453,089,453.00

Maka tuduhan bahawa YaPEIM menyalahgunakan atau menyeleweng kutipan duit sumbangan amal jariah daripada para penyumbang di bawah Skim Potongan Gaji adalah tidak benar sama sekali dan jelas ianya merupakan satu fitnah jahat yang bertujuan untuk menghakis keyakinan penyumbang kepada institusi perniagaan Islam seperti YaPEIM."

maka apakah keperluan lagi untuk "kami" menyertai Skim Potongan Gaji? YaPEIM sendiri dah boleh membantu orang miskin, kami tak bantu pun tak apa...

Jawapan di atas ini adalah SALAH TANGGAPAN DARIPADA SEGELINTIR MASYARAKAT kepada YaPEIM.

Pada asalnya YaPEIM melancarkan Skim Potongan Gaji adalah untuk membudayakan masyarakat dengan menyediakan sedikit duit daripada hasil titik peluh masing masing untuk disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan seperti orang miskin, anak yatim yang miskin dan seumpamanya..

Di antara kelebihannya adalah duit sumbangan daripada orang ramai nanti akan dapat dibahagikan secara bersistem dan lebih tepat kepada mereka yang benar benar memerlukan..
bahkan itu, pembahagian duit sumbangan nanti boleh diberikan kepada orang yang memerlukan di dalam bentuk-bentuk yang pelbagai seperti bila tiba musim nak mula sekolah, akan disediakan pakaian sekolah misalnya, atau pun keperluan harian, dan sebagainya..

Inilah di antara tujuannya, dan ia jua adalah "win win situation".

Anda ada duit lebih, dan mungkin anda tidak ada masa untuk istiqomah di dalam menyumbang, atau mungkin bimbang anda tidak akan berlaku adil di dalam menyumbang, maka anda memberikan sedikit duit itu kepada YaPEIM..

maka, YaPEIM mengambil duit sumbangan itu kemudiannya disalurkan kepada orang-orang yang benar-benar memerlukan dengan pelbagai bentuk bantuan serta di pelbagai tempat di negara ini..

ok? adakah faham semua? insya Allah..

Teruskan bersama YaPEIM..insya Allah...


PERKARA : KE LAPAN (8)

akhir sekali, saya hendak membuat kesimpulan kepada semua berlaku ini hanyalah berpunca daripada silap mentafsir pada dokumen dokumen yang "dicuri" itu, dan juga sikap yang terburu buru di dalam menghukum..

pihak YaPEIM mengakui dokumen yang disebarkan itu adalah BETUL, tetapi kata Ketua Pengarah YaPEIM ;

"saya suka menjelaskan perkara ini dengan satu gambaran seperti lima orang buta yang memegang seekor gajah, maka 1 orang buta ini memegang gading gajah, 1 orang buta lagi memegang kaki gajah, 1 orang buta lagi memegang ekor gajah, 1 orang buta lagi memegang badan gajah, 1 orang buta lagi memegang punggung gajah, maka apabila ditanya kepada kelima-lima orang buta ini bagaimanakah gajah? maka mereka akan menjawab sebagaimana yang mereka rasa,

orang buta pertama ; gajah adalah keras dan tajam..
orang buta kedua ; gajah adalah seperti batang yang besar..
orang buta ketiga ; gajah adalah halus sahaja dan ada seperti bulu dihujungnya.
orang buta keempat ; gajah adalah besar dan rata serta lembut..
orang buta kelima ; gajah adalah lembut dan lembik...
maka kelima-lima orang buta ini tidak mengetahui apakah gajah sebenarnya, lalu mereka mentafsirkan mengikut apa yang mereka rasa.."

maka beginilah jua yang berlaku kepada "pihak tersebut".

dokumen itu betul, tetapi masalah di sini, mereka salah memahaminya, bahkan mereka tidak pula bertanya sebaliknya menuduh yang bukan-bukan tanpa bertanya yang sebenarnya kepada empunya kepada dokumen tersebut...
wallahua'lam..

maka, nasihat saya, hentikanlah perbuatan seperti ini, sikap anda yang prihatin di dalam mencari kebenaran dan menghapuskan segala penyelewangan itu sangat dipuji, tetapi perbuatan yang anda lakukan untuk tujuan itu adalah tidak betul bahkan ia tidak pernah di ajar oleh baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam...Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita apabila kita tidak pasti, kita bertanya kepada orang yang mengetahui tentang apa yang kita tidak pasti itu, dan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam jua berpesan, berhati hatilah di dalam menghukum pada perkara yang tidak pasti..

wallahua'lam..


KESIMPULAN


Di atas permintaan beberapa teman, saya ringkaskan post kesimpulan saya yang panjang sebelum ini tentang isu YaPEIM yang di viral kan tentang aktiviti di Amerika Syarikat..

Soalan 1. Kenapa Menteri YB Dato Seri Jamil Khir dijemput?
Jawapan ; ia adalah serampang tiga mata :

Pertama, kehadiran beliau untuk menjadi "inspirasi dan motivasi" kepada pelajar Malaysia di sana untuk hadir menyertai program yang disediakan.

Kedua, penyertaan beliau akan memudahkan pengurusan untuk institusi agama lain yang di bawahnya untuk bersama sama bergading bahu dalam merancang program program bermanfaat di sana, ia jua bertepatan dengan seruan YAB PM melalui NBOS..

Ketiga, beliau boleh menjadi jurucakap kepada pihak kerajaan untuk pelajar di sana, memberitahu tentang isu isu semasa, menjelaskan tentang bahaya fahaman ekstremis, dan seumpamanya..


Soalan 2. Mengapakah angka perbelanjaannya besar seperti yang di sebarkan invois atau resit atau seumpamanya?
Jawapan ; Angka perbelanjaan yang besar itu adalah jumlah pembayaran yang didahulukan oleh YaPEIM untuk perjalanan, penginapan, logistik dan lainnya di dalam tempoh perjalanan program di sana..

Tetapi apabila sudah selesai, ia akan dikíra semula oleh INPUT, salah satu agensi di bawah YaPEIM, di mana rekod perbelanjaan peribadi akan di hantar kepada pihak menteri untuk di bayar kembali..

Apa yang terjadi sekarang, pihak tertentu telah menyebarkan dokumen yang merangkumi keseluruhan perbelanjaan yang YaPEIM dahulukan sedangkan ia sebenarnya bukan semuanya di biayai oleh YaPEIM..

Sebab itu jangan terburu buru..

Soalan 3. Kenapakah YaPEIM membuat kursus Kahwin di luar negara?
Jawapan ; Bukan YaPEIM yang menganjurkan kursus kahwin, YaPEIM hanyalah menganjurkan program keusahawanan dan aktiviti yang membantu pelajar pelajar memahami nilai nilai kenegaraan serta menemui pelajar pelajar SANTUN bagi menjaga kebajikannya..

Soalan 4. Adakah YaPEIM menggunakan wang untuk anak yatim di dalam urusan perbelanjaan perjalanan ini?
Jawapan ; Tidak, YaPEIM tidak pernah menggunakan wang sumbangan untuk pengurusan dan pentabdiran. Perbelanjaan ini adalah menggunakan wang pengurusan..Perlu di fahami ia adalah dari akaun yang berbeza..

Saya rasa jawapan ini sudah cukup jelas dan mudah difahami..

Wallahua'llam.



KEMBALI KE BAHAGIAN SATU