Bomba bantu turunkan mayat seberat 200 kilogram

KOTA BHARU - Mayat wanita seberat 200 kilogram terpaksa dibawa turun menggunakan tali dengan bantuan jentera bomba dari tingkat satu sebuah premis di Jalan Bayam, di sini, semalam.

Zaima Abdullah, 37, yang mempunyai penyakit kencing manis dan jantung, dipercayai meninggal dunia sejak kelmarin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Ismadi Mohamad Said berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan membekal barangan basah mahu tidur di premis terbabit dan tidak mahu pulang ke rumahnya di Kampung Tikat, Jalan PCB.

sumber : Sinar Harian