Malaysia boleh pimpin perpaduan Islam di dunia

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Malaysia adalah negara Islam yang paling berpotensi dalam mengetuai perpaduan umat Islam di seluruh dunia berdasarkan kepada kejayaan negara ini membangunkan agama itu secara berterusan.

Setiausaha Agung Alumni Al-Azhar Indonesia, Dr. Muchlis Muhammad Hanafi berkata, kestabilan politik dan indeks pembangunan manusia yang tinggi menjadikan Malaysia mendahului negara-negara Islam lain dalam soal kemajuan Islam termasuk Indonesia yang mempunyai umat Islam terbanyak.

“Saya melihat kestabilan politik di Malaysia sangat baik. Malaysia lebih ke depan untuk membawa perpaduan semua negara Islam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas forum Adab Ikhtilaf Demi Memelihara Perpaduan Ummah sempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini hari ini.

Sumber - UTUSAN ONLINE