Kenyataan Media berkaitan tariff PLUS

PADA SPEKULASI MEDIA BERKENAAN KENAIKAN TARIFF PLUS

Kami mengambil berat pada spekulasi bari-baru ini yang menyatakan bahawa akan berlaku kenaikan tol yang akan berlaku tahun depan pada lebuhraya yang dimiliki oleh PLUS Highway Berhad (PLUS) .

Kami ingin mengesahkan bahawa United Engineers Malaysia (UEM) yang dimiliki oleh Khazanah Malaysia , syarikat milik penuh 100% dibawah Kementerian Kewangan Memiliki 51% pegangan saham pada PLUS dan baki 49% pegangan saham PLUS dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai perjanjian rundingan semula konsesi yang memberikan terma kenaikan harga tol pada 5% setiap 3 tahun .

Perjanjian konsesi PLUS telah pun dirunding semula berdasarkan kepada perjanjian yang terdahulu yang menaikkan kadar tol pada kadar 10 % untuk setiap 3 tahun yang telah diletakkan pada zaman kepimpinan Perdana Menteri yang terdahulu.

Apabila PLUS telah pun siap diambil alih oleh UEM dan juga KWSP pada tahun 2011 , perjanjian konsesi tol telahpun dirunding semula dan diturunkan kadar kenaikan untuk 5% bagi 3 tahun .

Kali terakhir berlaku kenaikan kadar tol PLUS ialah pada tahun 2005 dan semenjak dari itu PLUS tidak diberikan kebenaran untuk kenaikan tol walaupun sepatutnya kenaikan tol berlaku pada tahun 2008 dan tahun 2011. Pada waktu itu , kerajaan telahpun berjaya berunding dengan syarikat konsesi tol dan telahpun memberikan ganti rugi kepada PLUS Highway Berhad bagi menjamin kadar tol yang sama semenjak 10 tahun lepas.

Kami ingin menegaskan bahawa tiada kenaikan tarif tol secara automatik untuk Lebuhraya PLUS dan kerajaan belum memutuskan lagi sebarang keputusan berkenaan perkara ini. Berkenaan dengan kenaikan tol , sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pihak-pihak berkepentingan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Kerjaraya, Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri (UKAS) , Unit Perancang Ekonomi (EPU) , Jabatan Peguam Negara (AGC) , Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) , dan PLUS akan ditubuhkan sebelum akhir tahun ini bagi membincangkan kadar Tol baru .

Kami telah pun berjanji sebelum ini pada tahun 2013 bahawa kerajaan akan menurunkan kadar tol antara-bandar pada tahun 2018 dan kami menegaskan kembali azam kami untuk mengotakan janji kami tersebut.

DATO' SRI FADILLAH YUSOF
MENTERI KERJARAYA
1 DISEMBER 2015