Arab Saudi Haramkan syarikat penerbangan Iran

Arab Saudi melarang syarikat penerbangan Iran, Mahan Air menggunakan lapangan terbang dan ruang udaranya atas alasan keselamatan.

Lembaga Penerbangan Awam Arab Saudi mengeluarkan arahan itu malam kelmarin.

Katanya dalam satu kenyataan, larangan disebabkan pencabulan peraturan berkaitan keselamatan pengangkutan udara antarabangsa.

Arab Saudi memutuskan semua pengangkutan udara dengan Iran pada Januari lalu, selepas kedua-dua negara memutuskan hubungan diplomatik.

Agensi berita Tasnim memetik Pegawai Penerbangan Awam Iran berkata, syarikat penerbangan Iran akan menggunakan laluan lain untuk ke Afrika.