PM rasmi Kolej Permata Insan

YAB Perdana Menteri Najib Razak merasmikan Kompleks Kolej Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada petang tadi.

Dalam ucapannya, beliau berkata Program PERMATA Insan merupakan program yang selaras dengan dasar Kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat dunia.

Menurut beliau lagi, penekanan akan diberikan kepada penguasaan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

Sumber : fb/PMO Malaysia