MENANGKIS FITNAH "BILIS GARDENIA"

Berikut adalah jawapan kepada fitnah "bilis Gardenia" yang telah tersebar di media maya. Mohon pembaca sebarkan info ini, dipetik dari status seorang facebooker.

Komentar facebooker lain juga menguatkan lagi pendapat bahawa pihak Gardenia tidak sepertimana yang difitnah oleh golongan itu. Boleh lihat pada gambar screenshot ysng disertakan.

======================================

"Bagi jawapan isu ikan bilis semalam tu pada saya ia mungkin superimposed atau apa-apa je benda yg nampak menjijikan diletakkan pada roti dan kemudian ditangkap gambar...

Namun untuk kesahihan agar para pengguna tidak ragu-ragu akan tahap piawaian  kebersihan serta status halal produk maka saya dah bertanya terus kepada pihak Gardenia.

Jawapan mereka -->

Gardenia order ikan bilis yang telah remove kepala dan perut. Ini adalah salah satu langkah utk memastikan halal.

Namun begitu, individu yang menuduh pula tidak menghubungi pihak Gardenia  tentang produk tersebut.

Jadi tak boleh nak kenalpasti benda berwarna hitam tu apa sebenarnya..

Tetapi Gardenia sgt pasti ia bukan najis tikus atau lipas kerana di kilang-kilang Gardenia tiada langsung tikus atau lipas.

sumber : fb.com/emmaharith