#Pengkalankubor - Rumah Calon PAS Dipenuhi Belukar, Bukti Wan Rosdi Adalah Orang Luar

 

Beginilah keadaan rumah yang dipercayai didiami oleh calon PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim di Kampung Bendang Pak Yong Pengkalan Kubor. Di sinilah alamat di mana Wan Rosdi mendaftar diri sebagai pengundi. Rumah tersebut bila ditinjau berada dalam situasi yang sunyi sepi, penuh belukar dan jauh daripada penduduk.

Apakah rumah ini hanya dijadikan rumah persinggahan oleh Wan Rosdi bila bertugas sebagai Penyelaras DUN Pengkalan Kubor? Ya, mungkin boleh jadi. Jika penduduk hendak datang dan mengadu hal kepada wakil rakyat PAS ini sudah tentu akan berasa gundah gelana dengan keadaan sekeliling rumah yang penuh dengan semak samun dan belukar.

Apakah Wan Rosdi hanya menjadikan rumah ini sebagai “dummy” untuk membolehkan beliau menjadi calon di Pengkalan Kubor? Besar kemungkinan boleh jadi kerana Wan Azizah pernah menggunakan sahaja alamat di Kajang untuk membolehkan beliau bertanding di Kajang dalam PRK lepas.

Apakah ada istana besar dibuat di Kedah oleh Wan Rosdi. Sebagai seorang kontraktor tidak logik, keadaan rumahnya sebegini. Sudah tentu Wan Rosdi ada rumah lain di luar Pengkalan Kubor.



Sumber : tv14.com