Kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkaitan law suit DOJ Amerika Syarikat.

Kenyataan Akhbar
ULASAN TERHADAP KENYATAAN MEDIA ATTORNEY GENERAL AMERIKA SYARIKAT
"SEPERTI YG TELAH DI DUGA, KENYATAAN AG AMERIKA SYARIKAT bahawa Dept of Justice(DOJ) USA, telah MEMULAKAN tindakan civil lawsuit bagi merampas aset dll DI USA, milik BEBERAPA INDIVIDU yg didakwa ada kaitan dengan MENYELEWENG DANA 1MDB,telah memberi excitement yg berlebihan kpd pihak pihak tertentu yg selama ini berusaha utk menjadikan isu 1MDB satu modal politik dlm usaha mereka menjatuhkan YAB PERDANA MENTERI.
Keghairahan mereka itu memuncak sehingga mereka menyangka mereka telah memperolehi satu verdict atau keputusan muktamad YG MENSABITKAN PM,walhal apa yg ingin di lakukan oleh Dept of Justice AS itu adalah satu dakwaan civil di bawah undang undang negara berkenaan bagi merampas dan mengambil balek apa apa aset, pelaburan, wang dll yg didapati berpunca dari urusan yg salah di sisi undang undang dan memulangkan aset itu kepada pihak yg menjadi mangsa penyelewengan (Sekiranya TUDUHAN brrjaya di buktikan di Mahkamah AMERIKA SKT.
SEBENARNYA tindakan spt ini,selagi dibuat mengikut peraturan dan undang undang yg sah ADALAH di alu alukan..
Tindakan tersebut yg merupakan SATU TINDAKAN CIVIL dibawah undang undang negara berkenaan sebenarnya SELARI DGN PENDIRIAN DAN KOMITMENT KJAAN DAN YAB PM berhubung penyiasatan keatas 1MDB.Malah Siasatan yg Adil  Dan tindakan berasaskan undang undang ini dapat membantu merungkai byk isu kompleks berkaitan 1MDB yg SERING cuba di politikkan dgn pelbagai tuduhan tanpa bukti,khususnya terhadap perdana menteri.
Kita harus mengalu alukan sebarang bentuk PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG di mana jua negara,terhadap sesiapa jua,kerana kita percaya 1MDB sebagai satu institusi atau syarikat milik kjaan Msia tidak melakukan sebarang kesalahan ie sekurang kurangnya tidak spt yg cuba di gambarkan oleh musuh politik YAB PM.
Namun sekiranya Ada individu yg melakukan sesuatu kesalahan di bawah mana mana undang undang sedia Ada di USA atau di mana jua,maka biarlah proses mengikut framework undang undang sedia ada di kuatkuasakan secara Adil Dan saksama dibawah prinsip RULE OF LAW.
Olih kerana INI BARU PERMULAAN KPD SATU CIVIL SUIT di AMERIKA ,kita percaya mereka berkaitan akan diberi hak dan peluang Mendapatkan keadilan.
NAMUN HARUS DI FAHAMI BAHAWA 1MDB ATAU YAB PM BUKAN PIHAK YG DI NAMAKAN ATAU CUBA DI SABITKAN DLM KES DI AMERIKA INI.MALAH 1MDB TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG ASET ATAU KEPENTINGAN DI AMERIKA SKT.
Malah kita yakin,Proses ini akan turut membersihkan segala tuduhan liar terhadap orang yg tidak bersalah..
Justeru,Tidak perlu sebarang prejudis dan atau sebarang spekulasi di BUAT terhadap kes yg spesifik ini.Malah bagi setiap isu yg timbul berkaitan 1MDB sememangnya WAJIB DI SIASAT MENURUT UNDANG UNDANG,dan sekiranya sabit kesalahan di lakukan oleh siapa saja maka mereka harus di hukum sewajarnya menurut undang undang,sapertimana di tegaskan oleh YAB PERDANA MENTERI sebelum ini.
Sementara pihak yg dgn sengaja menangguk di air keruh tanpa peduli pada perinsip KEADILAN DAN RULE OF LAW tidak akan beroleh apa apa,Insyaallah
TAN SRI ANNUAR MUSA
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA